KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menumpaskan sindiket pengedaran rokok seludup selepas tertangkapnya tiga individu dalam dua operasi berasingan di kawasan Nilai, Negeri Sembilan dan Jalan Datuk Kumbar, Kedah pada Selasa lalu. Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA), Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, serbuan pertama telah dijalankan sepasukan pegawai dan anggota dari cawangan Perisikan dan Siasatan Khas, Pasukan Gerakan Khas (PGK), JKDNKA Bukit…










