SHAH ALAM.- Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengadakan sidang akhbar bersama pengamal media setiap hari di Bukit Aman. Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, sidang akhbar itu akan diadakan pukul 9 pagi bagi membolehkan pengamal media mendapatkan maklumat terkini berhubung sebarang kes paling menonjol dalam tempoh 24 jam. “Kita mahu ada komunikasi antara PDRM dan media. Sidang akhbar ini akan diadakan oleh saya atau Timbalan Ketua Polis…










