PETALING JAYA 25 Sept. – Tugas berat menanti persatuan bola sepak negeri dalam mempersiapkan pasukan dalam persaingan Liga Malaysia (Liga M) musim hadapan apabila jumlah geran tahunan berkemungkinan besar akan berkurangan. Kantung 12 pasukan Liga Super dan 11 pasukan Liga Premier itu yang sebelum ini menerima geran masing-masing RM3 juta dan RM1.5 juta terpaksa dikurangkan berikutan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) menghadapi kesukaran mendapatkan penajaan, menyaksikan badan pentadbir Liga-M itu…










