JUMAAT lalu, Mahkamah Koroner Shah Alam memutuskan Muhammad Adib Mohd. Kassim dipukul hingga menyebabkan kematiannya. Secara umum, keputusan ini memberi berita gembira kepada keluarga dan seluruh rakyat Malaysia. Perasaan ini berbeza kira-kira 10 bulan lalu apabila banyak persoalan bermain dalam fikiran kita. Apa sebenarnya yang berlaku terhadap Muhammad Adib? Mengapa ahli bomba ini dipukul? Siapa yang memukulnya? Pelbagai tanda-tanya ini sehingga menimbulkan persepsi negatif dan memberi kesan kepada sistem perundangan…









