KUALA LUMPUR 29 Sept. – Juara 33 kali Piala Malaysia, Selangor meneruskan misi mengejar kejuaraan kali ke-34 apabila meraih kemenangan 2-0 ke atas Perak dalam aksi suku akhir kedua piala berprestij itu di Stadium Shah Alam, sebentar tadi. Sebaik perlawanan bermula, kedua-dua pasukan mempamerkan aksi cukup bertenaga untuk memburu gol pembukaan namun gagal menemui sentuhan penyudah. Bagaimanapun, usaha tidak berputus asa tuan rumah akhirnya membuah hasil apabila Syazwan Zainon meletakkan…










