KUALA LUMPUR 21 Sept. – Sebagai menghargai jasa dan sumbangan dalam bidang kesusasteraan, Kementerian Pendidikan mengumumkan para sasterawan negara diberikan elaun khas RM5,000 sebulan bermula tahun ini. Pemberian elaun itu dikatakan sebagai usaha kerajaan dalam mengembalikan siginifikan sasterawan negara dalam masyarakat serta diangkat ke peringkat antarabangsa. Menterinya, Dr. Maszlee Malik berkata, langkah berkenaan adalah komitmen daripada Kementerian Pendidikan dalam usaha mengembalikan martabat kesusasteraan negara. “Ini adalah usaha kementerian untuk membawa…









