KLANG – Sekumpulan lelaki bersenjata diburu polis selepas melakukan tiga jenayah termasuk cubaan menyamun di sekitar daerah ini semalam. Dalam kejadian bermula pukul 11 malam itu mengakibatkan kerugian berjumlah RM18,000. Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, kejadian pertama berlaku di sebuah rumah di Taman Pendamar Indah melibatkan seorang mangsa berusia 50 tahun. Katanya, mangsa telah didatangi empat lelaki memakai topeng ski dan bersenjatakan parang. “Suspek…










