REMBAU 25 Sept. – Nestle Malaysia Berhad (Nestle) melabur sebanyak RM90 juta bagi menaik taraf dan membesarkan kilang Milo di Chembong di sini, sekali gus menjadi kilangnya yang terbesar di dunia. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Juan Aranols berkata, pembesaran kilang itu membolehkan kemudahan pembuatan Milo mengoptimumkan kemampuan pengeluarannya sebanyak 30 peratus. “Kami percaya dengan peluang ekonomi yang luas di Malaysia dan oleh kerana itu kami melabur secara berterusan untuk mengembangkan perniagaan…










