KUALA LUMPUR 20 Sept. – Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$103.5 bilion (RM432.68 bilion) pada 13 September 2019, mengekalkan jumlah yang sama seperti dicatatkan pada 30 Ogos 2019. Dalam kenyataan hari ini, bank pusat berkata, paras rizab ini memadai untuk membiayai 7.6 bulan import tertangguh dan 1.1 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek. BNM berkata, komponen utama rizab antarabangsa ini ialah rizab mata wang asing AS$96.7 bilion (RM404.25 bilion); kedudukan Rizab Tabung Kewangan Antarabangsa, AS$1.1 bilion (RM4.6 bilion); Hak Pengeluaran Khas (SDR), AS$1.1 bilion (RM4.6 bilion); emas,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya