PARIS 20 Sept. – Bekas bintang Brazil, Rivaldo menyifatkan Real Madrid bernasib baik tidak menerima kekalahan memalukan dalam sejarah selepas tewas 0-3 kepada Paris Saint-Germain (PSG) dalam aksi Liga Juara-Juara di Parc des Princes. Bekas penggempur Brazil dan Barcelona itu mengkritik prestasi hambar Eden Hazard yang hanya membuat satu percubaan serta satu hantaran penting dalam perlawanan itu. Pengendali Los Bloncos, Zinedine Zidane, bertindak menggantikannya dengan Lucas Vazquez pada minit ke-70,…










