KUALA LUMPUR 28 Sept.- Parti politik Bumiputra Perkasa Malaysia (Putra) akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai yang bakal diadakan tidak lama lagi. Presidennya, Datuk Dr. Ibrahim Ali berkata, parti yang baharu ditubuhkan itu akan bertanding di kawasan terbabit jika blok pembangkang dan Pakatan Harapan (PH) meletakkan calon bukan Melayu. Katanya, parti itu juga bersedia menghadapi pertandingan tiga penjuru membabitkan mana-mana blok sama ada PH serta pembangkang dalam…










