KUALA LUMPUR 26 Sept. – Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meluluskan pinjaman pelaburan tambahan sebanyak AS$750 juta kepada PetroSaudi International (PSI). Kelulusan tersebut dinyatakan melalui minit mesyuarat Pengerusi Ahli Lembaga Penasihat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bertarikh 30 Mac 2011 yang diberikan kepadanya oleh ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho…









