JAYAPURA 25 Sept. – Kebanyakan daripada 32 orang yang terbunuh dalam protes di wilayah Papua minggu ini, meninggal dunia akibat kesan luka ditikam, dipukul dengan objek yang tumpul atau dibakar, kata polis hari ini. Dilaporkan, beribu-ribu orang melarikan diri ke pusat perlindungan berikutan pertumpahan darah yang menyaksikan orang ramai dibakar secara hidup di dalam bangunan oleh penunjuk perasaan, Isnin lalu. Papua yang terletak di bahagian barat Pulau New Guinea, dilanda…










