KUALA LUMPUR – Keghairahan kebanyakan pemilik motosikal Yamaha Y15ZR atau popular dengan gelaran Ysuku melakukan modifikasi melampau pada jentera mereka tanpa menghiraukan garis panduan yang dibenarkan kini mula mendapat perhatian pihak berkuasa. Timbalan Pengarah (Penguatkuasaan /Kawalan Lalu lintas / Pengurusan Saman) Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd. Nadzri Hussain berkata, trend pengubahsuaian tanpa menghiraukan undang-undang itu dilihat semakin menjadi-jadi terutamanya dalam kalangan belia. “Tindakan itu (pengubahsuaian) dilihat…










