KUALA LUMPUR 19 Sept. – Beberapa lokasi kritikal yang menjadi laluan aktiviti penyeludupan utama di perairan di seluruh negara telah dikenal pasti Pasukan Polis Marin (PPM). Komander PPM Senior Asisten Komisioner, Mohd. Yusoff Mamat berkata, penyeludupan dilakukan mengikut kawasan tertentu khususnya berhampiran perairan sempadan. “Kita mendapati laluan sepanjang 180 batu nautika (340 kilometer) dari Pengerang, Johor ke Sepang, Selangor manjadi lokasi utama bagi aktiviti penyeludupan daripada warga asing, rokok, arak dan dadah. “Bagi kawasan perairan di Tawau, Sabah pula, sindiket aktif menyeludup barang kawalan seperti gas, petrol dan minyak masak.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya