KANGAR 29 Sept. – Pesuruhjaya Pas negeri, Mohd. Shukri Ramli rebah ketika memulakan ucapan dalam ceramah muafakat Pas-UMNO di Dewan 2020 di sini, malam ini. MOHD. SHUKRI RAMLI Dalam kejadian kira-kira 10 malam itu, Mohd. Shukri sebagai penceramah pertama sedang memperkenalkan nama-nama penceramah lain sebelum tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri. Berikutan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanglang tersebut telah diberi bantuan pernafasan sebelum dikejarkan ke Hospital Tuanku Fauziah…










