MOSCOW 26 Sept. – Seramai 49 orang penumpang sebuah pesawat penerbangan Rusia cedera selepas gear pendaratan jet terbabit terbakar ketika melakukan pendaratan dalam satu kejadian dekat Siberia, semalam. Russia Today memetik beberapa orang saksi sebagai berkata, pesawat dikendalikan syarikat Azur Air itu membuat dua percubaan untuk mendarat di bandar Barnaul, selatan Siberia, tidak jauh dari sempadan dengan Kazakhstan. Menurut saksi, satu letupan kuat berlaku ketika pesawat berkenaan cuba mendarat buat…










