APABILA seorang atau kedua-dua ibu bapa meninggal dunia, maka menjadi tanggungjawab waris terutama anak-anak untuk memastikan jenazah mereka diuruskan secepat mungkin. Pada masa sama, anak-anak turut perlu memastikan hutang-piutang ibu bapa diselesaikan tidak hanya melibatkan wang ringgit tetapi ‘hutang’ mereka kepada Allah. Membicarakan tentang ‘hutang’ dengan Allah, ramai beranggapan selain membayar ‘hutang’ puasa, waris juga perlu menyempurnakan qada solat ibu bapa. Hakikatnya, ibadat solat tidak boleh diqadakan. Ini kerana solat…










