Perjuangan Malaysia di Korea berakhir - Utusan Malaysia

Perjuangan Malaysia di Korea berakhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 Sept. – Perjuangan Malaysia di Kejohanan Badminton Terbuka Korea berakhir selepas dua wakil negara terkandas di suku akhir, hari ini.

Dalam aksi Siri Jelajah Dunia Super 500 yang berlangsung di Incheon, perseorangan No.1 negara, Lee Zii Jia sekali lagi gagal melepasi halangan juara dunia dua kali dari Jepun, Kento Momota.

Zii Jia tewas 15-21, 19-21 kepada Momota yang juga pemain No.1 dunia dalam pertemuan keempatnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sementara itu, pasangan muda negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani berjaya mengheret permainan ke set penentuan sebelum tewas 18-21, 21-18, 18-21 kepada wakil tuan rumah, Choi Solgyu-Seo Seung Jae.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×