SEMALAM dunia hiburan tanah air kehilangan pemain dram terkenal Yazit Ahmad. Bekas anggota kumpulan Search itu pulang ke pangkuan Ilahi pada usia 57 tahun. Yazit meninggal dunia akibat kerosakan otak selepas dua hari bertarung nyawa dengan bantuan alat pernafasan dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL). Semasa hayat, Allahyarham merupakan seorang pemuzik yang disegani dan menjadi inspirasi kepada anak muda yang menyimpan impian mahu menjadi pemain…










