PUTRAJAYA 4 Sept.- Sebanyak 445,641 murid tahun enam di seluruh negara hari ini mula menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2019. Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata, beliau mendapati perjalanan UPSR setakat ini berjalan lancar dan berharap keadaan itu berterusan sehingga peperiksaan berakhir. “Daripada tinjauan tadi, saya dapati para ibu bapa yang lebih cemas dan tertekan daripada anak-anak, maka saya nasihatkan mereka jangan terlalu begitu dan menekan murid-murid. “Yang penting…