ALOR SETAR – Kerajaan negeri Kedah memberi amaran akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana penjawat awam yang terlibat aktif dengan parti pembangkang sehingga menyusahkan pentadiran kerajaan Pakatan Harapan (PH). Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, pihaknya menerima laporan terdapat segelintir penjawat awam di peringkat negeri dan pusat yang bergiat aktif dalam aktiviti politik pembangkang. “Pendirian PH adalah kita tidak sangat nak memaksa orang menyokong PH dan tolak parti pembangkang.…










