BARISAN pemain The Red Warriors (TRW) ‘mengamuk’ selepas Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dilaporkan masih belum membuat pembayaran gaji sehingga biarpun berjanji berbuat demikian pada 15 September lalu. Rata-rata pemain Kelantan yang naik angin dengan kegagalan KAFA telah menzahirkan kemarahan dengan tindakan memuat naik status di laman sosial Instagram masing-masing, selepas masih belum menerima bayaran tunggakan gaji beberapa hari lalu. Sumber dalaman KAFA ketika dihubungi Kosmo! mengesahkan sehingga hari ini bayaran gaji itu masih belum dibuat. Menurutnya, badan induk itu juga masih belum menerima wang sebagaimana yang dijanjikan oleh pihak…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya