Saya mendapat peluang keemasan pada hari Khamis 19 September baru-baru ini apabila sehari suntuk berada di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menyertai Seminar Rahmatan Lil Alamin. Paginya saya buat ucaptama seraya merasmikan majlis. Selepasnya saya membuat keputusan untuk menjadi peserta sehingga tamat pada sesi resolusi di penghujungnya. Pembentang dijemput dari rantau ASEAN dari Brunei, Indonesia, Singapura dan Thailand serta tuan rumah Malaysia. Mereka terdiri dari nama-nama besar seperti Prof. Dr.…










