SEREMBAN 25 Sept. – Kerajaan Negeri Sembilan berharap Belanjawan 2020 yang akan dibentangkan di Parlimen pada bulan depan akan turut memberi perhatian kepada perkara yang berkaitan dengan keperluan kerajaan negeri. Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, pihaknya menaruh harapan yang besar agar peruntukan kepada kerajaan negeri dapat ditimbangkan dan ditambah. “Kalau boleh, mohon peruntukan itu dapat ditingkatkan supaya kerajaan negeri mampu memberi sumbangan balik kepada rakyat. Ini penting sejajar…










