TEL AVIV 18 Sept. – Masa depan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berada dalam keadaan tidak menentu selepas partinya dikatakan gagal meraih majoriti kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum yang diadakan semalam. Daily Mail melaporkan, tinjauan pendapat meramalkan Parti Likud hanya mendapat 33 kerusi Parlimen, kurang satu kerusi berbanding 34 kerusi diperolehi Parti Biru dan Putih di bawah pimpinan Benny Grantz selepas undian ditutup. Sejurus selepas tinjauan pendapat itu, Netanyahu dalam ucapannya berkata, Israel memerlukan kerajaan Zionis yang kuat dan stabil untuk terus maju ke hadapan. Katanya, kerajaan Zionis itu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya