MELAKA, 21 Sept. – Pengurusan tertinggi Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA) akan berusaha mencari kaedah terbaik bagi menyelesaikan isu tunggakan dua bulan gaji yang menyelubungi pasukan itu. Timbalan Presidennya, Datuk Mohd. Yusoff Mahadi berkata kelewatan pembayaran gaji itu dihadapi berikutan masalah sama timbul, disebabkan terdapat penaja yang masih belum menyelesaikan komitmen tajaan sehinggakan bayaran gaji pemain tertangguh dan masih tidak dapat dijelaskan. “Saya yakin pengurusan tertinggi MUSA akan melakukan…










