KUALA LUMPUR 25 Sept – Majlis Pensijilan Kayu Malaysia (MTCC) kini menumpukan usaha memupuk kesedaran mengenai kepentingan mengutamakan produk hutan dan kayu yang mendapat pengiktirafan Skim Pensijilan Kayu Malaysia (MTCS) bagi pasaran domestik dalam tempoh lima tahun akan datang. Ketua Pegawai Eksekutif, Yong Teng Koon berkata, berbanding sebelum ini yang lebih menekankan pasaran eksport, usaha itu dilihat selaras dengan visi MTCC menjadikan Malaysia sebagai negara yang mementingkan pengurusan hutan mampan…










