GOPENG 28 Sept. – Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu hari ini enggan mengulas mengenai kenyataan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak berhubung isu konsesi penyelenggaraan jalan-jalan negeri yang didakwa dianugerahkan secara senyap atau berahsia di dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) negeri. Beliau sebaliknya meminta perkara itu diajukan kepada Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Pertanian dan Perladangan negeri, Abdul Yunus Jamhari. Abdul Yunus yang…










