KUALA LUMPUR 18 Sept. – Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) mencatatkan 810 aduan pada separuh pertama tahun ini berbanding 858 aduan bagi tempoh sama tahun lepas, menurut Laporan Pengguna Suruhanjaya Edisi Keenam. Pengerusi Eksekutif Mavcom, Dr. Nungsari Ahmad Radhi berkata, pihaknya berjaya menyelesaikan 99.3 peratus aduan yang mana penyumbang terbesar aduan adalah terhadap Malaysia Airlines, AirAsia dan Malindo Air. Menurut beliau, Malaysia Airlines mencatatkan aduan tertinggi iaitu 413 aduan diikuti AirAsia (183 aduan) dan Malindo Air (103 aduan). “Bagaimanapun jumlah aduan yang diterima terhadap ketiga-tiga syarikat penerbangan ini menunjukkan penurunan. Kehilangan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya