MASJID merupakan rumah ibadah bagi umat Islam untuk mengerjakan solat dan majlis keagamaan serta sebagai pusat aktiviti sosial ahli kariah. Institusi ini berkembang sejajar dengan arus perkembangan zaman dan memainkan peranan penting dalam kehidupan masyarakat Islam khususnya bagi menjana kemajuan ummah. Masjid melambangkan imej sesebuah tempat serta masyarakat berkenaan, malahan pembinaannya melibatkan struktur premis itu mencernakan sejarah perkembangan Islam masa tertentu. Bagi masjid lama Pulau Tawar atau lebih sinonim sebagai…










