BAGAN SERAI 25 Sept. – Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) belum membuat keputusan mengenai kontrak pemain Bos Gaurus yang akan tamat pada akhir tahun ini, kata Setiausaha Kehormatnya Tajul Hasnan Omar. Beliau berkata, Pafa menyerahkan sepenuhnya urusan berkaitan kontrak kepada pengurus serta jurulatih pasukan Perak dan setakat ini belum ada sebarang keputusan dibuat. “Pada pandangan Pafa semua pemain yang ada wajar dikekalkan kerana mereka bermain dengan baik,” katanya kepada pemberita…










