DI sebalik wajah yang sering membuatkan insan lain terhibur, wujud realiti berat yang perlu ditanggung pelawak, pelakon dan pengacara, Nabil Ahmad selama bergelar anak seni. Sedekad mencari rezeki dalam industri, dia mendedahkan pernah mengalami zaman kejatuhan yang tidak pernah dikongsikan kepada umum. Bergantung sepenuhnya terhadap kerjaya pengacaraan dalam program MeleTOP dan penyampai radio di stesen radio Era sebagai sumber rezeki utamanya, Nabil turut fokus terhadap tugasan mengelola acara di luar.…










