SEMARANG 21 Sept. – Malaysia berharap Indonesia dapat menangani masalah kebakaran hutan dan ladang dengan segera kerana kesan jerebu akibat kebakaran itu kini turut menjejaskan negara Malaysia dan Singapura. Duta Besar Malaysia di Indonesia, Zainal Abidin Bakar berkata, Malaysia sentiasa bersedia membantu Indonesia memadam kebakaran hutan jika bantuan itu diperlukan. “Malaysia menghargai usaha-usaha yang dilakukan Indonesia (menangani kebakaran), cuma kita berharap masalah ini diselesaikan segera kerana masalah jerebu kini turut…










