LONDON 28 Sept.- Liverpool meneruskan rentak kemenangan yang ketujuh dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini selepas melakar kemenangan tipis 0-1 ke atas Sheffield United di Stadium Bramall Lane, sebentar tadi. Beraksi di laman lawan, pasukan tuan rumah memberi tentangan sengit kepada skuad kendalian Jurgen Klopp hingga memaksa pendahulu liga itu terpaksa menunggu sehingga minit ke-70 untuk menembusi gawang Sheffield menerusi ledakan Georginio Wijnaldum. Pujian juga harus diberikan kepada…










