TEMERLOH – Panik selepas digertak kononnya terlibat kes pengubahan wang haram, seorang peniaga kerugian RM129,000 akibat diperdaya ‘ASP Roslin’ dalam satu kejadian di sini semalam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, mangsa terlebih dahulu dihubungi suspek menyamar pegawai bank menerusi nombor 012-4217 162. “Lelaki berusia 59 tahun itu dimaklumkan pernah membuat pinjaman peribadi di bank tersebut dan diminta merujuk perkara itu kepada pihak polis…









