KAHERAH 25 Sept. – Pihak berkuasa Mesir menahan lebih 1,000 orang susulan protes anti-kerajaan yang menuntut Presiden Abdel Fattah el-Sisi meletakkan jawatan sejak minggu lalu, kata dua pertubuhan hak asasi manusia. Pusat bagi Kebebasan dan Hak Asasi Manusia Mesir memaklumkan, seramai 1,003 orang telah ditahan. Pusat bagi Ekonomi dan Hak Sosial Mesir pula melaporkan, seramai 1,298 orang ditahan. Menurut ahli keluarga dan peguam, dua ahli akademik terkenal juga telah ditahan.…










