PUTRAJAYA 25 Sept. – Kumpulan pertama seramai 47 orang pelajar Malaysia yang dibawa pulang dari Provinsi Riau, Indonesia telah selamat tiba di Malaysia melalui penerbangan dari Pekanbaru ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2) hari ini. Wisma Putra dalam satu kenyataan memaklumkan, ketibaan para pelajar telah disambut oleh Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik dan Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya serta pegawai-pegawai dari kementerian dan agensi berkaitan. Menurut…










