LONDON 26 Sept. – Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) melantik pakar ekonomi Bulgaria, Kristalina Georgieva sebagai Pengarah Urusan yang baharu. Lapor BBC, Georgieva sebelum ini menjawat jawatan sebagai Ketua Eksekutif Bank Dunia. Beliau menggantikan Christine Lagarde yang kini dilantik sebagai Ketua Bank Pusat Eropah (ECB). Georgieva merupakan satu-satunya calon untuk jawatan Pengarah Urusan IMF. – AGENSI










