GERIK – Seorang anggota polis berpangkat Koperal maut digilis sebuah lori apabila motosikal ditunggangnya hilang kawalan dan terbabas selepas melanggar seekor binatang di Kilometer 50.3, Jalan Gerik-Kuala Kangsar di sini semalam. Dalam kejadian kira-kira pada pukul 9.50 malam itu, mangsa, Koperal Mohd. Rafizu Che Hasli, 33, meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala. Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Ismail Che Isa berkata, anggota dari Balai…









