Kongres Maruah Melayu di Stadium Malawati, Shah Alam pada 6 Oktober ini bakal menyaksikan ahli-ahli akademik dari empat universiti awam tempatan mewacanakan masalah yang dihadapi oleh orang Melayu serta cadangan penyelesaian ke atasnya. Universiti-universiti awam tempatan ini adalah Universiti Malaya (UM) yang akan mewacanakan masalah siasah Melayu, Universiti Teknologi Mara (UiTM) – masalah iktisad Melayu, Universiti Putra Malaysia (UPM) – masalah budaya Melayu dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) –…










