KUALA LUMPUR 26 Sept.- Seorang daripada tiga lelaki yang diburu Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana memuat naik kenyataan berbaur sensitif di laman sosial mengenai kejadian amuk dan tetak di kilang di Bayan Lepas, Pulau Pinang pada Isnin lalu telah ditahan. Suspek berusia 38 tahun itu ditahan di Butterworth, Pulau Pinang kira-kira pukul 1.15 tengah hari tadi. Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendakwaan dan Undang- undang (D5) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner…










