NILAI 26 Sept. – Kerajaan sedang mengadakan rundingan dengan Bank Negara dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi memastikan perintah yang dikeluarkan Mahkamah Khas Perkahwinan, Hadhanah dan Nafkah, dapat dikuatkuasakan dengan sempurna. Rundingan itu dijalankan memandangkan sesuatu keputusan yang dibuat oleh mahkamah melibatkan akta dan undang-undang lain yang menyebabkan ia sukar dilaksanakan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof berkata, setakat ini hasil beberapa siri rundingan yang…










