SEREMBAN 25 Sept. – Negeri Sembilan sedang mencari jalan bagi mempercepatkan proses kelulusan kebenaran merancang dan urusan tanah negeri khususnya berkenaan dengan pertukaran syarat tanah dan juga premium. Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, mesyuarat exco yang dipengerusinya sebentar tadi telah berbincang panjang bagaimana cara mempercepatkan kelulusan tanah itu dan juga cara menyegerakan penyampaian kelulusan yang telah dibuat oleh mesyuarat exco kepada pemohon. “Tujuan kita adalah ingin mempercepatkan segala…










