‘KEMBAR’ Jawi adalah al-Quran. Huruf pada kedua-dua tulisan berkenaan serupa walaupun tulisan Jawi ada penambahan sebanyak enam huruf, tetapi ia bukan daripada induk yang sama. Tulisan Jawi dicipta selepas turunnya al-Quran kepada Nabi Muhammad SAW lebih 1,400 tahun lalu. Malah, peranan kedua-duanya cukup berbeza. Jawi sekadar satu tulisan sedangkan al-Quran sebagai petunjuk kepada manusia. Justeru, tindakan mengaitkan usaha memartabatkan tulisan Jawi dengan proses pengislaman adalah tidak berasas sama sekali. Golongan…










