PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan kematian 12 Orang Asli suku Bateq di Kuala Koh, Gua Musang, Kelantan Jun lalu disebabkan wabak demam campak. Menterinya, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, kematian mereka bukan disebabkan pencemaran berdasarkan keputusan analisa sampel persekitaran dan laporan forensik kematian kesemua mangsa tidak berpunca daripada keracunan logam berat. “Beberapa sampel persekitaran seperti sumber air minum, tanah dan makanan iaitu ikan masin kering telah diambil…










