KETUA Jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak mengakui persiapan mental yang dilakukan dengan rapi telah berjaya membantu pasukannya mencatatkan kemenangan 2-1 ke atas kelab Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP FC) pada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Majlis Perbandaran Manjung, Perak malam kelmarin. Menyedari PKNP FC memiliki reputasi yang baik di laman sendiri, Aidil Sharin menjelaskan Helang Merah terpaksa beraksi dengan berhati-hati sebelum dapat mencatat kemenangan. Pengendali dari Singapura…










