KUALA LUMPUR 26 Sept. – Kedutaan Besar Indonesia di Malaysia menghormati proses undang-undang di negara ini dan sentiasa memberi kerjasama kepada pihak berkuasa berhubung kes pembantu rumah warga Indonesia yang didakwa dirogol oleh Exco Kerajaan Negeri Perak, Paul Yong Choo Kiong pada Julai lalu. Kedutaan itu yang mewakili hak dan kepentingan mangsa rogol menerusi kenyataan rasmi hari ini berkata, pihak kedutaan bersama peguam pemerhati dari Pejabat Undang-Undang Gooi&Azura akan menghadiri…










