KUALA LUMPUR 25 Sept. – Kedah memperoleh satu bekalan gol untuk dibawa pulang apabila menewaskan PKNP FC 2-1 dalam aksi pertama suku akhir Piala Malaysia di Manjung, sebentar tadi. Tuan rumah terlebih dahulu menjaringkan gol pada minit ke-37 menerusi percubaan Yashir Pinto sebelum Fernando Rodriguez menyamakan kedudukan pada minit ke-49. Gol kemenangan Kedah dijaringkan oleh David Rowley pada minit ke-73. PKNP FC akan bertandang ke Stadium Darul Aman bagi menghadapi…










