KUALA LUMPUR 28 Sept. – Hanya 4,422 permohonan taraf kewarganegaraan Malaysia telah diluluskan bagi tempoh Mei tahun lalu hingga 15 September lalu. Kementerian Dalam Negeri dalam kenyataan di sini berkata, dalam tempoh sama, sebanyak 19,788 permohonan sahaja diterima Jabatan Pendaftaran negara daripada pelbagai kaum dan bangsa. Kata kementerian itu, jumlah itu membuktikan dakwaan pemilik akaun Twitter ‘Tengku Raja Alam Shah’ bahawa 200,000 diberikan taraf kewarganegaraan tidak benar sama sekali. “Kementerian…










